Hendak aku menulis pada blog ini.. jeri jemariku terasa begitu ringan.. ya.. sebelum kita berlayar dengan lebih jauh.. ingin aku tanyakan..apakah aku ini sahabat? Adakah aku tegar menulis sesuatu yang tidak enak didengar meski ia datang daripada kawan aku sendiri? Itu lah ujian dalam mencari erti sahabat.. petang tadi..ada kawan aku bernama fatin (bukan nama sebenar). mengingatkan aku tutorial yang harus disiapkan sebelum jam lima petang..sedang aku berada di luar menemani kawanku.takut tidak sempat menyiapkan tugas, aku meminta bantuan fatin membuat tutorial ku dengan aku bayar Rm5. Namun diakhir jawapannya dia menolak. Tidak mengapa lah.. memang itu kerja individu. Mengapa harus orang lain yang menyiapkan? Sedang aku dalam perjalanan pulang, aku singgah di libry kebetulan pada waktu itu ku rasakan sempat buatku untuk menyiapkan tugasan. Alhamdulillah. Allah membantuku disaat waktu begitu getir. Selesai siap, dalam benak ada suara halus menghasutku.. "Fatin hanya mencari kau bila susah.ingat bila dia kesempitan wang.. dia mencari kau bila dia rasa tidak ada siapa yang boleh dia harapkan.jumlahnya bukannya sedikit.tp kau masih membantunya.tapi bila senang senang kau ditinggalkan..bahkan dia sedikit pun tidak ingin membantu.." kerana terlalu memikirkan suara kecil itu, aku semakin tidak rasa senang dengan fatin lalu update di laman sosial. Perkataanku tidaklah terlalu direct.. " Masa kita kaya dan berpangkat dan mereka bersama kita itu hanyalah kawan, tetapi bila bersama bila kita susah itulah sahabat- Ulama". Tapi balasannya membuatku semakin terasa..Maksudnya seperti " bukan aku layan orang merajuk". di saat itu dapat aku lihat siapa dia sebenar. Perkara ini berpunca dari perkara kecil..hanya kerana tutorial membuat kami dingin. Adakah engkau benar2 sahabat wahai marya? Tiada bertolak ansur meski kau tahu perkelahian tidak membawa sebarang erti. Maafkan aku.. kerana aku sendiri bukan permata..
Friday, 2 October 2015
Thursday, 1 October 2015
bersabarlah wahai jiwa yang tenang..
Alhamdulillah..harini hari pertama bermulanya final exam aku..
banyak rasa yang terpendam dalam jiwa ini..
pernah tak kita rasa macam nak marah seseorang?
then kita tak mampu nak luahkan?.. and at the last,
kita ckp kat diri kita..hmm tak ape lah..
ya.benda tu terjadi kat aku harini..
ade satu soalan yg bermain dalam minda aku sekarang..
boleh ke.. kita solat tp dpan kita ade orang baring?
pada aku..seeloknya jangan lah mcm tu sbb kita nak
hadap tuhan kn..dan itu mcm menunjukkan org baring tu tak
hormat pada orang yang solat.orang yang solat tu pn
kne la pandai pilih tempat..ade orang depan mata
takkan nak jugak solat kat situ?
uhhuk uhhuk..hmm korang rasa mcm mana?
kne la pandai pilih tempat..ade orang depan mata
takkan nak jugak solat kat situ?
uhhuk uhhuk..hmm korang rasa mcm mana?
macam ni lah. aku nak tegur pn,aku rase
orang tu lg banyak ilmu dari aku..
dan aku tak suka sebab benda kecik je ak nak melenting.
hmm..tiba2 ak tringat kisah pd zaman nabi dulu..
hmm..tiba2 ak tringat kisah pd zaman nabi dulu..
pada zaman nabi muhammad
dulu,ade seorang lelaki ni kencing dlm masjid.
kencing tau! lg la nampak macam biadab kan
pada mata kita? then apa nabi buat? nabi
cakap biarkan dia selesai..bila org tu selesai
nabi minta sahabat bersihkan najis tadi..
nampak tak? benda kecil dapat selesaikan dengan
cara baik dan bijaksana? konklusinya...
bersabarlah kalau ade masalah..tak kisah la
masalah tu datang dari kawan ke..kucing ke..
masalah study ke..semua benda tu dapat sattle
dengan cara baik kalau kita bersabar.. :)
Tuesday, 22 September 2015
sediakah aku
salamat pagi buat mereka yang mengintai-intai teratak ini..tak banyak yang ingin aku kongsikan pada hari ini. sekadar suka2 menulis.umur semakin meningkat..dunia semakin dikejar.. kurangnya baca al quran..apatah lagi melambatkan solat. tak banyak manfaat kita kepada orang lain. mampukah kaki ini ke syurgaNya? berangan..dan terus berangan..
perkahwinan..siapa saja tak mahu berkahwin? pasti antara kita terfikir..siapa bakal suami/isteri kita.. persiapkah diri kita dengan ilmu..dan akhlak yang akan dipertontonkan kepada anak-anak kita?.. jodoh dan pertemuan adalah rahsiaNya..
pada usia seusiaku ini..aku juga sama dengan gadis-gadis lain..terfikir akan perkahwinan.. cuma mampu berdoa andai aku diizinkan tuhan untuk mengikat janji antara dua insan atas nama perkahwinan, biarlah mereka dalam kalangan yang dipilihNya..
secara sedar..aku sedar dengan diri aku..banyak kekurangan..
semoga hati ini terus teguh kepadaNya.. tidak banyak yang aku pinta..melainkan..taubatku diterimaNya..
Subscribe to:
Comments (Atom)