Hendak aku menulis pada blog ini.. jeri jemariku terasa begitu ringan.. ya.. sebelum kita berlayar dengan lebih jauh.. ingin aku tanyakan..apakah aku ini sahabat? Adakah aku tegar menulis sesuatu yang tidak enak didengar meski ia datang daripada kawan aku sendiri? Itu lah ujian dalam mencari erti sahabat.. petang tadi..ada kawan aku bernama fatin (bukan nama sebenar). mengingatkan aku tutorial yang harus disiapkan sebelum jam lima petang..sedang aku berada di luar menemani kawanku.takut tidak sempat menyiapkan tugas, aku meminta bantuan fatin membuat tutorial ku dengan aku bayar Rm5. Namun diakhir jawapannya dia menolak. Tidak mengapa lah.. memang itu kerja individu. Mengapa harus orang lain yang menyiapkan? Sedang aku dalam perjalanan pulang, aku singgah di libry kebetulan pada waktu itu ku rasakan sempat buatku untuk menyiapkan tugasan. Alhamdulillah. Allah membantuku disaat waktu begitu getir. Selesai siap, dalam benak ada suara halus menghasutku.. "Fatin hanya mencari kau bila susah.ingat bila dia kesempitan wang.. dia mencari kau bila dia rasa tidak ada siapa yang boleh dia harapkan.jumlahnya bukannya sedikit.tp kau masih membantunya.tapi bila senang senang kau ditinggalkan..bahkan dia sedikit pun tidak ingin membantu.." kerana terlalu memikirkan suara kecil itu, aku semakin tidak rasa senang dengan fatin lalu update di laman sosial. Perkataanku tidaklah terlalu direct.. " Masa kita kaya dan berpangkat dan mereka bersama kita itu hanyalah kawan, tetapi bila bersama bila kita susah itulah sahabat- Ulama". Tapi balasannya membuatku semakin terasa..Maksudnya seperti " bukan aku layan orang merajuk". di saat itu dapat aku lihat siapa dia sebenar. Perkara ini berpunca dari perkara kecil..hanya kerana tutorial membuat kami dingin. Adakah engkau benar2 sahabat wahai marya? Tiada bertolak ansur meski kau tahu perkelahian tidak membawa sebarang erti. Maafkan aku.. kerana aku sendiri bukan permata..
No comments:
Post a Comment