salamat pagi buat mereka yang mengintai-intai teratak ini..tak banyak yang ingin aku kongsikan pada hari ini. sekadar suka2 menulis.umur semakin meningkat..dunia semakin dikejar.. kurangnya baca al quran..apatah lagi melambatkan solat. tak banyak manfaat kita kepada orang lain. mampukah kaki ini ke syurgaNya? berangan..dan terus berangan..
perkahwinan..siapa saja tak mahu berkahwin? pasti antara kita terfikir..siapa bakal suami/isteri kita.. persiapkah diri kita dengan ilmu..dan akhlak yang akan dipertontonkan kepada anak-anak kita?.. jodoh dan pertemuan adalah rahsiaNya..
pada usia seusiaku ini..aku juga sama dengan gadis-gadis lain..terfikir akan perkahwinan.. cuma mampu berdoa andai aku diizinkan tuhan untuk mengikat janji antara dua insan atas nama perkahwinan, biarlah mereka dalam kalangan yang dipilihNya..
secara sedar..aku sedar dengan diri aku..banyak kekurangan..
semoga hati ini terus teguh kepadaNya.. tidak banyak yang aku pinta..melainkan..taubatku diterimaNya..
No comments:
Post a Comment